Tuesday, October 27

And Here I Go Again

Pejamkan telinga, tulikan mata. Tengok, aturan sendiri pun sudah tidak betul. Padam semua deria. Entah apa caturan kali ni, samar-samar. Kadang bila sangat yakin yang jalan itu terus tapi tidak, maka tersasar ke bahu jalan. Erm mungkin harus berhenti rehat, hela nafas dalam dalam, baring kejap atas hijau, dongak tengok biru. OK, sekarang fokus. Destinasi masih sayup-sayup kelihatan. OK, tipu. Sebenarnya, langsung tak nampak, berangan saja. Berangan tak perlukan wang kan? OK, fokus fokus. Hurm sekarang bilang, harus dihalakan ke mana? Terus, kiri, kanan atau berpatah balik.. "Back to Black"?

Runsing?
Tahu takpe, tuan punya badan sejuta kali lebih runsing. Omelan dalam kepala yang sebegini yang sangat tak digemari, tahu tak? "Suara kecil" yang sangat sangat sangat annoying. Dulu masa kecil bila diaju "Dah besar nanti nak jadi apa?", dalam masa kurang 2 saat dah terpancul jawapan - "Ustazah, Geologist, bukak saloon, (dan seterusnya, haih banyak betul cita-cita)". Ustazah? Murni betul cita-cita, kononnya. Semua gara-gara Ustaz praktikal yang handsome semasa di Darjah 2, faham-faham saja. Geologist? Apa itu geologist pun tak tahu masa tu, suka hati je.

Sekarang, cuba aju soalan yang sama tapi diubahsuai sikit..
"Where do you see yourself 10 years from now?"
Ah, I know! In the territory of the unknown? OK, not funny!
Hurmmmmmmm.. T_____T


Pejamkan telinga, tulikan mata. Padam semua deria.
I'd rather hear silence.

Labels: ,

1 Comments:

Anonymous mermaidmasin said...

wow..
what would you be in 10 years?
certainly perut tak maju ke hadapan i hope!

November 16, 2009 12:20 PM  

Post a Comment

<< Home