Tuesday, April 28

Matter of Heart

Text from Mak on April 27, 2009

"Nanti bila Mak n Abah dah sampai rumah, jangan tanya Abah pape tau. Abah menangis jegh sepanjang jalan ni.."

Orang kata askar ni keras, garang. Yer, Abah sememangnya garang. Kami adik beradik semua dah merasa penangan tali pinggang askar Abah yang tebal tu. Tapi hakikatnya, Abah kat luar jegh nampak garang, tapi bila masuk bab-bab family matters ni, hati Abah hanya sekeras kaca. Pantang dihempuk, pasti berderai pecah. Itulah Abah yang aku kenal. Sejurus sampai, aku jengah Mak kat bilik and tanya pasal Abah. Mak cakap, sepanjang-panjang perjalanan, airmata Abah tak berhenti-henti menitik. Abah drive straight dari Kedah ke KL, tak berhenti even satu hentian pun. "Yela, Abah tengah sedih lagi tu. Siapa tak sedih, adik sendiri meninggal..", sambung Mak. Even masa hari pengkebumian arwah, Abah was the last person to leave the cemetery. Kata Abah, "Abah tak sampai hati nak balik sebenarnya. Bukan apa, kan malaikat Munkar dan Nakir akan mula menyoal selepas 7 langkah orang yang terakhir tinggalkan kubur seseorang tu..". Sekali lagi Abah sebak..

Malam tadi sempat berborak sekejap dengan Abah, Abah cakap Abah terkilan tak dapat turunkan arwah sama-sama sampai ke liang lahat, sebab setibanya Abah kat tanah perkuburan, kubur arwah sudah separuh dikambus tanah. "Abah sampai sama-sama dengan kereta jenazah time tu, cuma lewat kejap nak cari parking. Sampai-sampai, tanah dah separuh. Rezeki Alang kot, dipermudahkan bahagian dia. Semua urusan cepat jegh. Masa mandikan jenazah pun senang, badan arwah terkulai lembut jegh. Muka putih bersih. Tapi tu la, orang lain (bukan adik-beradik) semua Abah turun sampai ke liang lahat, tapi Alang...". Abah dah tak mampu nak teruskan kata-kata. Dalam diam, Mak angkat-angkat kening, signal supaya topik tu tak diperpanjangkan lagi. Aku paham, Mak just tak mahu Abah sedih.

Aku teringat masa mula-mula Pak Lang admitted kat kampung. It was two months ago. Time tu Abah baru jegh hantar Pak Lang balik kampung sebab Pak Lang ada checkup kat HUKM if I'm not mistaken. Then a few days later, Mak Tok telefon Abah bagi tau Pak Lang admitted. Aku ada terdengar Abah cakap kat Mak, "Biarlah Norma dengan Ani pulak yang balik.", and Abah terus masuk bilik untuk solat Asar. But then after a short while, I've heard Mak was comforting Abah.. yes, Abah was crying. And I? I just couldn't help but cry when I overheard the convo between Mak and Abah. I don't even dare to get out from my room at that time. It really broke my heart seriously, sayu rasa hati mendengar Abah menangis.. airmata aku mula menitik laju. How I wish he will be doing just fine, how I wish I could do something to ease his burden.. how I wish *sigh*.
An awkward moment it was..
.



Hospital Taiping, Perak
Khamis, 6:02 pagi
April 23rd, 2009

Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali
innalillahi wainna ilaihi raaji’unn
Al-Fathihah buat Allahyarham Pak Lang
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman.

Labels: , , ,

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

very touching post that made me tear too. alfatihah.

April 28, 2009 8:55 PM  
Blogger chuck said...

This is so...sad D-: Hope you and your family are doing fine jugak ok. Al Fatihah.

April 28, 2009 9:11 PM  
Blogger Suri said...

to ano & chucky:
al-fathihah.. thanks chuck, hope so.. amin

April 29, 2009 2:41 PM  
Blogger dust said...

sorry to hear the news.
Alfatihah.
hope family ko esp abah ko ok..

April 29, 2009 4:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

(-_-)

April 29, 2009 9:14 PM  
Blogger Suri said...

to nasrah:
thanks alot! as for my dad, it takes time.. but i know he's strong

to shahril:
-_-

April 30, 2009 2:02 PM  

Post a Comment

<< Home