Sunday, August 15

Manusia Berlagak Tuhan

Banyaknya manusia yang berlagak Tuhan. Jatuh hukum ikut suka. Kalau tidak, masa kan janin yang baru dilahirkan boleh dibuang macam sampah. Nyawa tak ada harga barangkali di zaman millenium ni. "Kau anak haram, baik mati. Hidup pun tak guna, tanggung malu seumur hidup", pasti ada manusia yang begitu. Keji.

Banyaknya manusia yang berlagak Tuhan. Jatuh hukum ikut suka. Kalau tidak, masa kan terdapat desas desus mengatakan tragedi ribut taufan yang melanda bazaar ramadhan di Jasin baru-baru ini adalah bencana yang Allah turunkan sebagai balasan. Wallahualam, tapi wajar ke tatkala orang lain ditimpa musibah, kita di sini sibuk nak mempersoalkan kenapa dan mengapa Allah menurunkan bencana sebegitu rupa? Siapa kita nak membuat andaian atas tiap kejadian yang berlaku? Aduh, manusia..

Allah menduga bukan sahaja golongan yang beriman kepadaNya, juga termasuk yang kafir. Allah mahu melihat kepada siapa kita kembali pada saat kebutuhan. Dan Allah juga menciptakan kesabaran pada hamba hambaNya. Samada kita patuh atau tidak. Semua itu ada penjelasannya.

Al-Fathihah buat mangsa tragedi yang terkorban.

Satu lagi kisah manusia yang mensabitkan dosa pahala ikut suka hati. Minggu lalu, aku naik teksi ke Desa Pandan. Masuk-masuk teksi saja, sejuk hati mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran di radio, dipasang oleh si pemandu teksi yang berkopiah. Sebaik bertolak, ditanya aku siapa gerangan si qari yang membaca. Jujur aku jawab aku tak kenal, rupanya imam besar di Masjidil Haram. Terlintas dalam hati, "Kalau bab-bab ni, Abah sure tau". Tak lama kemudian, sewaktu teksi melewati pasar malam di sekitar Desa Pandan, si pemandu teksi tadi tiba-tiba mengeluh.

"Kenapalah orang muda sekarang ni ramai tak suka solat kan?".

Aku mengiyakan sambil menjawab, "Itu la.. orang sekarang ambil mudah dosa pahala".

"Tengok tu, inilah sebabnya Allah tak suka pasar. Awak tahu tak Allah tak suka pasar?". Sekali lagi dia mengeluh dan mengucap panjang sambil menunding jari ke arah segerombolan manusia di sekitar tapak pasar malam tu tadi.

Allah tak suka pasar? Kali ini aku was-was dengan statement si pemandu teksi itu tadi, lantas aku balas laju. "Allah tak suka pasar? Isk pakcik ni, mana ada. Solat atau tak tu terletak atas individu tu sendiri, bukan terletak atas pekerjaan dia. Mana pakcik tahu diorang tak solat, pandai-pandai je pakcik ni", aku cuba membangkang dalam nada berseloroh.

"Haa, isteri saya pun tak percaya Allah tak suka pasar. Nabi pun ada cakap dalam hadis yang Allah tak suka pasar", tegas si pemandu teksi.

"Isk yeke pakcik? Cuba pakcik bagi tau saya hadis yang mana, tak pernah pulak saya dengar so far", aku berseloroh lagi tapi kali ini sedikit sinis. Tak pula diberi petikan hadis yang dimaksudkan. Pelik, tadi beriya benar kata ada. Aku hilang ingatan apa topik seterusnya, sebab malas pulak aku nak melayan.

Malam tu, waktu lepak di ruang tamu dengan Abah, aku bertanyakan siapa nama imam besar di Masjidil Haram. Guess what? Haremmm jauh beza dari nama yang dipetik oleh si pemandu teksi siang tadi. Mentang-mentanglah aku tak tau siapa, kau suka suki petik nama ya? Ada hati pulak tu nak accuse orang tak bersolat sembarangan. Inilah dia contoh manusia yang berlagak Tuhan. Bila mata tak nampak amal orang, dikatanya tak bersolat bagai.

Ada manusia yang masuk syurga-Nya kerana dosa yang telah dia lakukan.
Ada manusia yang masuk neraka-Nya kerana pahala yang telah dia lakukan.

Bermaksud, setelah berbuat dosa, seseorang itu bertaubat nasuha dan meninggalkan segala larangan-Nya serta kembali beriman kepada Allah. Golongan ini adalah antara yang dijanjikan syurga, insyaAllah.

Ada juga yang masuk neraka kerana amal yang dibuat. Beribadah tapi tidak ikhlas, dicanang-canangkan. Atau diri dianggap orang alim, sempurna tapi yang lain dikeji sebab tak beramal sepertimana dia. Bak kata orang, sepatutnya bila kanan berbuat kebaikan, yang kiri tak tahu menahu. Wallahualam.

Satu jari kita tunding orang, selebihnya tunding pada kita. Nak perbetulkan orang boleh, tapi biar molek caranya. Pendek kata, sendiri mau ingat.

Jangan berlagak Tuhan.

Labels: , ,

4 Comments:

Blogger Zulfadli Zainal said...

tazkirah pedas bulan puasa.

August 16, 2010 10:12 PM  
Blogger Suri said...

bukan tazkirah, hanya dua puluh sen :]

August 16, 2010 10:19 PM  
Blogger bulanbintang said...

apa nama yg pak cik tu petik? yusuf al qardawi? abd rahman as sudais?.. ala mungkin dia beli cd tu kt chow kit n penjual tu claim cd tu bacaan dr imam masjidil haram.. dia pon ikut je la..

selain ramai yang nk jadi tuhan menjatuh hukum di tngan sendiri, skang ramai gak manusia yg beramal sekadar ikutan.. tak tahu hujung pngkal.. mne rse elok dia cedok dia ikut.. mungkin pasal ALLAH x suka pasar tu dia cedok dr hasil perbualan dia dgn mana2 "ustaz".. :P

wallahualam..

August 17, 2010 12:36 AM  
Anonymous nawe said...

sgt btol.. aku ske yg last.. dari gosip org len, better tgk diri sdiri dlu.. wohoo

August 31, 2010 2:47 AM  

Post a Comment

<< Home