Sunday, August 15

Manusia Berlagak Tuhan

Banyaknya manusia yang berlagak Tuhan. Jatuh hukum ikut suka. Kalau tidak, masa kan janin yang baru dilahirkan boleh dibuang macam sampah. Nyawa tak ada harga barangkali di zaman millenium ni. "Kau anak haram, baik mati. Hidup pun tak guna, tanggung malu seumur hidup", pasti ada manusia yang begitu. Keji.

Banyaknya manusia yang berlagak Tuhan. Jatuh hukum ikut suka. Kalau tidak, masa kan terdapat desas desus mengatakan tragedi ribut taufan yang melanda bazaar ramadhan di Jasin baru-baru ini adalah bencana yang Allah turunkan sebagai balasan. Wallahualam, tapi wajar ke tatkala orang lain ditimpa musibah, kita di sini sibuk nak mempersoalkan kenapa dan mengapa Allah menurunkan bencana sebegitu rupa? Siapa kita nak membuat andaian atas tiap kejadian yang berlaku? Aduh, manusia..

Allah menduga bukan sahaja golongan yang beriman kepadaNya, juga termasuk yang kafir. Allah mahu melihat kepada siapa kita kembali pada saat kebutuhan. Dan Allah juga menciptakan kesabaran pada hamba hambaNya. Samada kita patuh atau tidak. Semua itu ada penjelasannya.

Al-Fathihah buat mangsa tragedi yang terkorban.

Satu lagi kisah manusia yang mensabitkan dosa pahala ikut suka hati. Minggu lalu, aku naik teksi ke Desa Pandan. Masuk-masuk teksi saja, sejuk hati mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran di radio, dipasang oleh si pemandu teksi yang berkopiah. Sebaik bertolak, ditanya aku siapa gerangan si qari yang membaca. Jujur aku jawab aku tak kenal, rupanya imam besar di Masjidil Haram. Terlintas dalam hati, "Kalau bab-bab ni, Abah sure tau". Tak lama kemudian, sewaktu teksi melewati pasar malam di sekitar Desa Pandan, si pemandu teksi tadi tiba-tiba mengeluh.

"Kenapalah orang muda sekarang ni ramai tak suka solat kan?".

Aku mengiyakan sambil menjawab, "Itu la.. orang sekarang ambil mudah dosa pahala".

"Tengok tu, inilah sebabnya Allah tak suka pasar. Awak tahu tak Allah tak suka pasar?". Sekali lagi dia mengeluh dan mengucap panjang sambil menunding jari ke arah segerombolan manusia di sekitar tapak pasar malam tu tadi.

Allah tak suka pasar? Kali ini aku was-was dengan statement si pemandu teksi itu tadi, lantas aku balas laju. "Allah tak suka pasar? Isk pakcik ni, mana ada. Solat atau tak tu terletak atas individu tu sendiri, bukan terletak atas pekerjaan dia. Mana pakcik tahu diorang tak solat, pandai-pandai je pakcik ni", aku cuba membangkang dalam nada berseloroh.

"Haa, isteri saya pun tak percaya Allah tak suka pasar. Nabi pun ada cakap dalam hadis yang Allah tak suka pasar", tegas si pemandu teksi.

"Isk yeke pakcik? Cuba pakcik bagi tau saya hadis yang mana, tak pernah pulak saya dengar so far", aku berseloroh lagi tapi kali ini sedikit sinis. Tak pula diberi petikan hadis yang dimaksudkan. Pelik, tadi beriya benar kata ada. Aku hilang ingatan apa topik seterusnya, sebab malas pulak aku nak melayan.

Malam tu, waktu lepak di ruang tamu dengan Abah, aku bertanyakan siapa nama imam besar di Masjidil Haram. Guess what? Haremmm jauh beza dari nama yang dipetik oleh si pemandu teksi siang tadi. Mentang-mentanglah aku tak tau siapa, kau suka suki petik nama ya? Ada hati pulak tu nak accuse orang tak bersolat sembarangan. Inilah dia contoh manusia yang berlagak Tuhan. Bila mata tak nampak amal orang, dikatanya tak bersolat bagai.

Ada manusia yang masuk syurga-Nya kerana dosa yang telah dia lakukan.
Ada manusia yang masuk neraka-Nya kerana pahala yang telah dia lakukan.

Bermaksud, setelah berbuat dosa, seseorang itu bertaubat nasuha dan meninggalkan segala larangan-Nya serta kembali beriman kepada Allah. Golongan ini adalah antara yang dijanjikan syurga, insyaAllah.

Ada juga yang masuk neraka kerana amal yang dibuat. Beribadah tapi tidak ikhlas, dicanang-canangkan. Atau diri dianggap orang alim, sempurna tapi yang lain dikeji sebab tak beramal sepertimana dia. Bak kata orang, sepatutnya bila kanan berbuat kebaikan, yang kiri tak tahu menahu. Wallahualam.

Satu jari kita tunding orang, selebihnya tunding pada kita. Nak perbetulkan orang boleh, tapi biar molek caranya. Pendek kata, sendiri mau ingat.

Jangan berlagak Tuhan.

Labels: , ,

Thursday, August 12

E'O (Hello)

Survived spending these whole four days without YM, Skype or even FB chat. FB-ing via phone semata-mata. Sooooo not Suerie, gila hebat kan? LOL! Other than that, nothing less ordinary happened. Oh yeah, except that I managed to finish reading a book. Yes, read? Book? Suerie? So not me, isn't it? It's a fact, tolonglah percaya.

Sampah Karat III bukan buku telenovela atau fiksyen. Ia kompilasi hasil kerja tangan dalam bentuk puisi dan lukisan. Thanks to Aizat for the book. Well, aku memang failed bab-bab buat review. So dipendekkan cerita, here is one of my favourites. Genapkan Yang Ganjil - do you get what does the title means? Think :)

Buat masa ini
jika aku digenggam aku berterabur menjadi pasir.

Pasir yang miliknya sang penghalus.

Sang penghalus adalah sahabat kepada penghitung jumlah perasaan.

Bila ia dinilaikan, pantai luasnya.


"Genapkan Yang Ganjil"
oleh Nabil Zikri
mukasurat 24, Sampah Karat III

The Contributors



p/s: Selamat berpuasa kepada semua umat Islam, sorry for the late wish since that I've been away for a while. For those yang ada terasa hati, marah or anything, harap dimaafkanlah salah silap ya?

Kosong-kosong :)

Labels: ,

Wednesday, August 19

Counting Days

Sekali lagi datang menyapa.
Walhal rasa seperti baru saja bersua.
Ahlan Wa Sahlan, ya Ramadhan.

Buat semua..
Selamat menjalani ibadah puasa.
Moga hati-hati kita diperkuatkan imannya.
Moga Tarawih menghiasi indah liku malam kita.
InsyaAllah..


Just another 2 days more to go. *smile*

Labels: ,

Friday, August 7

Khutbah Jumaat

Entri Repekan Time Bosan bersama Cik Bella kat Facebook semalam sama sekali kontra habis dengan repekan aku pagi ni bersama Cik Ikim. Ikim wrote this on her YM status this morning..


"Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bil khair"


suerie:
Doa apa tu ikim?

ikim:
Doa memudahkan segala urusan.
:D

suerie:
Owh yeke? Jangan lupa seribu dinar jugak. Doa supaya Dia beri kita jalan keluar dari permasalahan yang kita tak boleh nak selesaikan or rumit, sebab meaning ayat tu camni..

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya.

Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

ikim:
Owh, sedapnye maksud ayat ni.

suerie:
Kan? Kalau ingat meaning, time baca sure rasa macam aman jegh.
Anyway, pendek jegh ayat tu, hafal jegh.

ikim:
Eh, betul tu. Baca doa kena tau meaning, baru best.
;)

suerie:
Semalam aku lupa nak puasa, bila kau tanya baru teringat, haha!

ikim:
Lah, takpe.
Puasa bulan ramadhan.

suerie:
Pastu kelmarin aku tak baca pun Yaasin tiga kali, baca dua kali jegh. Sebab masuk 2nd round, aku asyik tersalah baca jegh. Time tu dah kul 10 lebih.. mengantuk sudah.

ikim:
Aku pulak, semalam bantai tidur!
ngeeeeeeeee~

suerie:
hahaha.. baguih. Malam nisfu aritu kan, konon niat nak bangun solat malam tapi elok jegh aku tidur, huhu. Tapi aku rasa Tuhan tu memang nak kejut aku bangun la because tetiba pukul 3 pagi aku terjaga tak semena-mena. But then, aku bangun jap tutup a/c then tidur balik. Hampeh kan -_-"

ikim:
T_____T
Sama la kita suerie. Malam tu aku letih gile, tidur dengan baju kurung pegi keje. Tapi pukul 3 bangun balik, tuka baju and basuh muke, boleh pulak tidur balik.
T______T
Owh, banyaknya alasan hamba Allah ni

suerie:
Hint suruh kita bangun solat malam tapi kita hentam tidur balik huhu

ikim:
T______T
haih.............

suerie:
Sebenarnya dari semalam petang benda ni dok berlegar-legar dalam kepala aku ni. I thought nak blog pasal menda ni semua sebab aku ada baca kat somewhere artikel pasal ni

ikim:
Pasal pe?

suerie:
Kisah seorang hamba Allah ni, dia tak mahu diselamatkan oleh bot penyelamat masa banjir kilat. Dia cakap, Allah akan selamatkan dia. So, everytime ada org datang nak selamatkan dia, dia tolak.. sampai la akhirnya dia mati. Then, dia kena soal dengan malaikat..

"Kenapa engkau biarkn dirimu mati begitu saja. Tuhan telah menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk selamatkan engkau, akan tetapi tiap kalinya juga engkau tolak."

suerie:
Meaning, dia tak nampak semua bantuan yang datang tu sebenarnya datang dari Allah tapi dalam pelbagai rupanya. So sama la macam kita, kadang-kadang kita tak notice benda yg dihadapkan depan kita tu actually salah satu bentuk pertolongan or peringatan dari Dia. Sometimes kita mengeluh instead of bersyukur, kan? *sigh*. Tetiba bertazkirah pulak aku pepagi Jumaat ni, khutbah Jumaat habis aku ni, haha.

ikim:
Owh.. tazkirah yang menginsafkan aku
I mean kita.

suerie:
Tazkirah yang diuja oleh ikim
:D

ikim:
.....
Boleh tak aku berfikir macam ni
Sekurangnya, aku ada niat tapi iman yang tentukan
T____T

suerie:
Iman yang tentukan apa?

ikim:
Kenapa kita tak terima pertolongan Allah

suerie:
Bukan iman tapi hati. Hati kan 'akar' segala perkara. Sebab tu masa peristiwa Israk Mikraj, 'hati' Nabi dibersihkan.

Datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan `khatimin nubuwwah.'

taken from net

suerie:

Sebab buruk baik manusia mula dari hati. That's why kalau kita buat dosa, satu titik hitam terbentuk pada hati kita. Wallahualam. Kau jangan la pecaya 100% apa aku cakap, aku pun ingat-ingat lupa.. hihi. Rajin-rajin nanti kau google la. :D

ikim:
Tapi betul tu suerie. Aku pon dok rasa Dia selalu bagi apa kita nak. Nak bangun tahajud, nak rezeki, semua dia bagi. especially time nak buat baik. Dia bagi jalan kat kita tapi kita tak amek. Duit nak pulak, lambat sikit, mengeluh.. huhuhuhu.

suerie:
Yup.. Pastu if kita ada buat dosa, Dia bagi 'cash' jegh balasan kat kita, Dia tarik nikmat yang diberi satu per satu. Ada tak ko rasa macam tu?

ikim:
Memang pun

suerie:
Usually kalau aku kena timpa masalah, pertama skali aku fikir.. I must have done something wrong. Actually Dia bagi peluang untuk kita betulkan salah kita but disebabkan kita ni terlampau leka so Dia takde cara lain untuk sedarkan kita other than 'slap' us straight in the face.

ikim:
hmm.. true enough

suerie:
Ikim, kita dapat pahala tak bercakap isu ilmiah camni?
hihihihihi
Harapkan pahala takpe kan? haha

ikim:
:p
Semoga ada berkat *wink*

suerie:
amin :D

ikim:
ameennn



Just right after I had this conversation with Ikim @YM, I've tried a few times to log into Facebook but failed. Instead, I got this error message below. Now I wonder, adakah ini salah satu reminder dalam bentuk yang sebegini rupa dari Dia supaya suruh aku buat kerja instead of beronggeng sakan bermain comment di Facebook kat office di hari Jumaat yang mulia ini? Sangat tepat kena muka, padan la muka! *dang*




Labels: ,

Friday, April 4

Im sinking.. pull me up!

It has been more than a month now since we broke up, yet I'm still missing u! H*ll..

Ya, gamba-gamba kamu still ada dalam purse orang.
Ya, gamba-gamba kamu still ada dalam phone orang.
Ya, gamba-gamba kamu still ada dalam FS/MS orang.

Honestly, I'm still crying over you almost everyday at nite.
Honestly, I'm still thinking of you every now and then.
Honestly, I'm always wanting us to be like we were used to be.. but I know, it's such a waste!


Like I've told to you before, I can't be JUST A FRIEND of yours at the moment. Maaf, orang tak cukup kuat and belum mampu lagi nak buat macam tu. It's not that I hate you but I just can't do it, I'm not ready yet. It might be easy for you to do so but it isn't for me. I need a space, I really need a good break and I need to mind our distance. I need more time to wipe off this two years of memories. It's gonna take for a quite some time. *sigh*

Im sinking.. pull me up!
God, please help me and just let me out of this mess..

"...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya, serta memberinya rezeki dari jalan yang tak terlintas di hatinya. Dan ingatlah, sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya untuk menolong dan menyelamatkannya. Sesungguhnya Allah tetap melaksana segala urusan yang dikehendaki-Nya dan sesungguhnya Allah telah menentukan qadaq dan qadar bagi tiap-tiap sesuatu.."
..maksud ayat Seribu Dinar

Labels: , ,