Wednesday, November 24

Addictive Stuffs

Teruk la sekarang, aku dah malas nak menulis. Tapi sumpah idea ada je tapi bila sampai tang nak mengarang, terus jadi malas. Malas nak berfikir sebenarnya, terrible isn't it?

Maka, benda paling senang nak buat dan tak memerlukan otak untuk berfikir dengan lebih mendalam sangat adalah.... MELAYAN SERIES SAMPAI LEBAM, I mean layan sampai lebam mata for real seriously, LOL! Sebab layan satu Korean/Taiwan series 3 days straight, hehari tido tiga empat pagi. Sometimes during weekend, tidur lepas Subuh, ngee. Sejak bila layan Korean/Taiwan series? Put all the blame on my sister, Intan. She has tons of Korean/Taiwan series (because she has nothing else to do during her spare time whenever she needs to travel back to Dubai). So recently, she came back for Raya Haji and asked me whether if I'm interested to copy any of those. Maka, copy lah.. apa lagi! Haa engkau, melayan sampai pagi buta baru nak tidur, sampai Mak bising-bising, huahuahua!

So far, baru layan dua series:

1- Taiwan series: Autumn's Concerto
Cerita ni penat tengok, sebab penat menangis haha. What to do, saya memang jiwa terlebih sikit, huhu. Kalau nak tengok, sila standby kotak tisu kat sebelah anda ya, jangan cakap I tak warning. Kalau you tak nangis, salahkan diri sendiri sebab tak jiwa, LOL!



2- Korean series: Personal Taste
Cerita ni pulak couple ni sweet and comel sesangat! Rasa macam nak cubit-cubit pipi mamat tu, aaaaaa! Siap terbawak-bawak dalam mimpi, aduh kritikal. Tapi ada la jugak (OK tipu, banyak jugak) part jiwa-jiwa yang buat aku nangis, maka pembaziran tisu jua turut berlaku sepanjang 3 malam berturut-turut masa tengok cerita ni, sekian.

Oh, maaf.. tak boleh stop from uploading more snapshots of this series. Sangat kecomelan mereka ni!



Lepas ni tatau nak sambung tengok series apa, bagi time untuk mata den recover dari sembab dulu la kot. Manangis dah macam orang putus cinta, mana tak sembab! Yekk..

Labels: , ,

Monday, November 8

It Won't Take Long

The Notwist - Consequence

Labels:

Wednesday, November 3

Monday Morning Drama



Entri yang delay sehari, eh tak.. dua hari sebenarnya tapi nak post jugak sebab saya rasa ia sangat kelakar tapi tahap yang tak boleh blah dan tak boleh dimaafkan. Kalau lah jiran sebelah rumah tak terjerit-jerit panggil aku yang dah selamba drive menonong tu, kalau lah Mak tak call bagi tau kasut aku sajak terletak atas bumbung kereta, aku rasa memang Innalillah la jawabnya riwayat kasut tu. Elok je lepas Mak call, aku ternampak kat side mirror kasut aku tu tergolek-golek satu per satu atas jalanraya. OH NO!! Ada bas RapidKL dari arah bertentangan. "Habislah kena gelek kasut aku!!". Dengan selambanya aku buat U-turn kat tempat yang tidak sepatutnya and parked kereta dekat tepi jalan sekejap. Maka, bermulalah sesi berjongging di pagi hari tanpa dirancang. Untung la pagi tu aku ni pakai jeans kan, aduyai Suerie oi. Seriously, it was damn hilarious I tell you, WAHAHAHAHAHAHAHA HA HA HA HA.. OKAY TAK! -_-"


Yours Truly,
Superb Clumsy Suerie

Labels: