Monday, August 31

Laungan Keramat

Malam ini malam merdeka. Sambutan tak semeriah tahun-tahun sebelumnya, menghormati bulan mulia, bulan Ramadhan. Jumaat lepas, seorang teman yang bukan berkerakyatan Malaysia menghulur tangan kepada hampir semua teman termasuk aku sambil mengucapkan "Have a great weekend and Happy Independence Day", aku senyum sambil berterima kasih. Kemudian dia ucapkan ucapan yang sama kepada si polan 'bertuah' yang satu ini, biar aku panggil A (bukan nama sebenar). Si A tetiba tergelak, mungkin dirasakan lucu dengan perihal tersebut sambil berkata, "Here we don't shake hand and wish everybody during Independence Day, usually Malaysian don't give damn about it". Auch, sedih aku dengar kata-kata macam tu. Salah satu rakyat Malaysia yang tak sedar dek untung. Bayangkan, orang luar jauh lebih teruja menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia berbanding rakyat Malaysia sendiri, sadis kan?

Tayanglah Hati Malaya beribu kali pun, percayalah.. takkan menitik setitik pun airmata si empunya hati bebal, takkan sayu hati mereka-mereka ini menonton, takkan terusik hati mereka-mereka ini dengan kepayahan orang-orang dulu kita memperjuangkan kemerdekaan sendiri, takkan hiba hati-hati mereka ini memikirkan Tunku bertebal muka meminta Merdeka. Sadis kan?

Letihlah
letihlah Onn menelan caci maki
mengunyah hamun
mengait segala bangsa Malaya

Bazirlah
bazirlah nenek moyang bergolok gadai
bersorak genang
mendukung wira atas bahu para

Penatlah
penatlah Tunku turun naik pesawat
menembus mega
menggapai benda nama ‘merdeka’


click: Benda Nama 'Merdeka'
Wani Ardy

Dua telinga ni pernah jadi saksi kepada suara-suara sumbang yang mempersoalkan 1Malaysia. Kenapa ada jenis manusia ni yang suka mencari apa yang buruk dari memandang apa yang baik? Tak paham aku, ada jegh silap yang nak dipetik. 1Malaysia tu sebenarnya dah lama terjalin, cuma sekarang kita makin menjarak.. makin melupa. Kalau tak percaya, tanyalah orang tua memasing tentang saat-saat getir ketika kejadian berdarah 13 Mei dulu. Ini pengalaman Mak sendiri. Mak cakap, ketika Cina dan Melayu bergaduh waktu 13 Mei dulu, sebenarnya bukanlah semua Cina dan Melayu bercakaran begitu. Pada masa tu, yang Melayu pantang berjumpa yang Cina dan yang Cina pantang berjumpa yang Melayu dan waktu tu sebenarnya masih ada Melayu dan Cina yang tetap utuh berkawan baik, masih anggap masing-masing bersaudara. Maka, menurut kata Mak lagi, bagi mengaburi mata pihak-pihak tertentu, keluarga si Melayu akan tolong menyorokkan keluarga si Cina di rumah mereka dan keluarga si Cina pulak menyorokkan keluarga si Melayu di rumah mereka bertujuan mengelakkan kawannya tertangkap. Tengok, orang dulu kita dulunya sanggup memperjudikan nyawa sendiri nak melindungi kawan yang berlainan kaum. Kita? Haih, tak payah la cakap. Sedangkan sesama Melayu pun saling menikam, bukan belakang.. menikam dari depan pun ada, tanpa segan-segan.

Untung sesetengah kita ni masih berkawan tanpa mengira kaum, kan? Untung sesetengah kita ni tak ada sikap membeda-bedakan manusia mengikut warna kulit. I got lots of friends that has been surrounded by Malay's community since they were young like Jesse, Michelle, Kimberly and lot more. So kengkawan diorang mostly 1Malaysia which means majmuk. Dan kalau dengar diorang berbahasa Melayu, walaweh.. macam kita jugak. Hari tu, Kim nak cakap yang dia dah bosan makan Big Apple but instead of saying that dia dah bosan, dia cakap.. "Eee, aku dah JELAK lah makan Big Apple ni". Huish, aku pun jarang guna jelak as for bosan atau muak, huhu. Cuma kalau part peribahasa jegh kena perbetulkan once in a while, haha. That day, Kim ada tersalah petik "Kambing Korban" instead of "Kambing Hitam". And there's one thing that I can hardly forget, Andy's silly question.. LOL! Andy once asked me, "Err may I know, who are Zahir and Batin? Why everybody asking for their apologee during Hari Raya?". Cute huh? :) OK enough, panjang membebel.


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52, Malaysia.
Semoga tetap utuh sebagai 1Malaysia.
Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..

Labels: , ,

Sunday, August 30

Tulus


"Antara cinta paling tulus aku pernah saksikan"
Jasmin Ghazalli
11:33 pm
August 30, 2009



Bacalah ini (
click here), pasti bergenang airmata membaca. Aku tak terkecuali. What Jasmine wrote in her comment on Facebook is true, ini antara cinta paling tulus aku pernah lihat.. dengan mata kepala sendiri. Utuhnya tali kasih suami isteri pasangan 'Adam' dan 'Hawa' yang satu ini.


p/s: another must-read entry:
click here

Labels: ,

Saturday, August 29

Fynn's and Jasmine's

Otak tepu nak mengarang sekarang, might be sebab tengah lapar ATAU mungkin juga sebab terlupa nak bersahur pagi tadi. Satu rumah tak bersahur hari ni. Tu laa, semua bersengkang mata sampai pukul 2 3 pagi, siapa suruh kan. Aku sorang jegh pukul 1 lebih dah kiok, ada potensi macam nak demam semalam.

Anyway, semalam berbuka puasa reramai kat Fynn and Tri's Adam Western and celebrate sekali belated birthday Jasmine & Fynn. Semua orang dapat goodie bag from Wani and Syafiq, comel gila.. thank Wani! Sure semua orang sebelum tidur tersengih sesorang kan kan kan? Bak kata Min, mulut crammed tak boleh blah malam tadi sebab Fynn buat lawak tak berhenti.. semua orang gelak memanjang, LOL! Laughter is the best medicine, aite? :)


Comment#1
suerie:
ahakutaderkatsinibencilaikimmajukahcamni

ikim:
ala suri bwek camno. Kasik up la pic kau.
nanti aku komen SEBIJIK cam ko, HAHAHAHAHA

Comment#2
suerie:
aaaaaaaaa aku tader, aku dah balik time ni.. mak benci

ikim:
nanti tetiap gamba kuar, aku photoshop gambar kau nak? XD
(muahaha ikim dah hangin ;p)


p/s: Wani & Syafiq, Jasmine, Along, Fynn & Tri, Ikmal, Omar, Ikim & Hellmy.. thanks korang!


picture credit to: Ikim


picture credit to: Jasmine



video credit to: Along Zunaira

Labels: , ,

Wednesday, August 26

Comel is Part of Me, LOL

Cepat, teka mana satu aku?

hint: check zoom in kat 2nd picture, LOL
p/s: jangan check kat Facebook, tak aci



Labels:

Friday, August 21

The Wonders

Saya tak kuat dan saya tak besar,
Namun bila setan dah ber'bag-packing' selama sebulan,
Semua jadi mudah.. hihi

(sila nyanyi seperti melodi Wonderpet, hohoho!)


Agenda: Last dinner together menjelang Ramadhan
Lokasi: Vicchuda Tomyam, Uptown Damansara

Thanks Ikim si orang kaya baru sebab belanja kami, terima kasih daun keladi *sengih*. Lagi 7 tahun, baru Wani dapat duit ganjaran dari UiTM jugak so nanti kita suruh Wani pulak belanja kita, muahaha. And sorry to Jasmin si birthday girl, aku tak sempat tunggu kau semalam. Terpaksa rush balik sebab curfew aku pukul 11, haha!

Anyway, belum pun start berpuasa tapi schedule bulan puasa dah berderet-deret, apakah. Serious weh, rasa tak sabar nak bergomol dengan kengkawan 5th and classmates UiTM. Korang rindu aku ya? Haa, jangan tipu, Maro cakap korang semua rindu kat Suerie yang kecoh ni, haha. Alahai, comel jegh korang semua ni! *perasan*


p/s: suka pulak gambar dengan Ikim and Hellmy ni, memasing senget!


Labels: ,

Wednesday, August 19

Light The Candles, Please


Oh ya..
Happy Birthday to you, Puan Intan Suhaila Mansor.

Few facts about her..
She's the 3rd out of us. She turned 3* (cough) today. She's MARRIED, with a pair of kiddos and not planning to 'expand' her 'small' family as yet. Dia cakap, "Dah cukup sepasang, OK la tu" (dengan gaya kakak Siti). Unfortunately this year, she celebrates her birthday all alone as she's on her way to Tunisia. 13 hours flight? *phew*

She's also an IT person as I am but with a different scope. These days, she somehow has turned out to be a gadget/gaming maniac, just like her husband. Just name it.. PS2, PSP, Wii, RealBox, she has all of them. Kalau nak berkaraoke, tak perlu susah payah nak ke Red Box anymore. Rumah dia pun boleh jadi 'Red Box' dah sekarang, haha! Google for MediaCom, menarik untuk kaki karaoke.

And the most important fact is.. she is the LOUDEST among us all!
MUAHAHAHAAHHA!

And I think she secretly keeps a lucky charm (kidding). Masuk lah apa saja, menang memanjang. Masuk Kunci Khazanah, menang. Masuk Sempurnakan Harimu, menang. Luckily she's now busy flying here and there, or else I believe that she will try her luck for Jangan Lupa Lirik pulak, trust me.. hahaha!

Again.. Happy Birthday, sister!
Sila hilangkan jetlag anda dengan segera and a personal note for you, don't watch too much Korean dramas! ;p


p/s: Happy Birthday to you as well, cik Jasmin Ghazalli!

Labels: ,

Counting Days

Sekali lagi datang menyapa.
Walhal rasa seperti baru saja bersua.
Ahlan Wa Sahlan, ya Ramadhan.

Buat semua..
Selamat menjalani ibadah puasa.
Moga hati-hati kita diperkuatkan imannya.
Moga Tarawih menghiasi indah liku malam kita.
InsyaAllah..


Just another 2 days more to go. *smile*

Labels: ,

Net vs Work

NO, this is not another artwork of mine. This is just a system architecture design that I've designed and the one that has been giving me headaches for the past two weeks. Ya, sakit kepala buat benda alah satu ni seh. Plus, networking is not my major and it is totally out of my job scope. I guess my superior is slowly trying to expand my job scope from a Database Admin to a System Admin. Well, it's a good thing but haih, ntah.. I'm not really sure whether am I capable to cope with these networking thingy or not seh. Network? Suerie? Network? Urgh! Back to the main storyline. So when my superior gave me this assignment and after read through and searched on the requirements, urgh rasa macam nak menangis jegh. Susah gila ni Suerie oi. Eh wait, err I did cry once on this recent Monday, dang! TAK SUKA NETWORK! *sigh* Tertekan gua mengadap assignment BERTUAH ni, haih. Nampak macam senang kan? Lukis kekotak, lines. Come come, try test cuba ujikaji buat benda alah ni. Memang menguji minda. I even slept for less than 2 hours a day before the presentation, gegulek atas lantai till 6 AM flipping some case study copies and made changes on the slides. Cuak punya pasal.

And yes, I rarely blog about work related thingy here. The reason is that nobody really bother to read it up, I know that. BUT I'll excuse myself just for today (and maybe for some other day, in case kan) because I just can't help it anymore, nak kena membebel jugak kat sini. And finally (atleast I thought it was the final one), I'm done with the assigment, done with the presentation, done with the Q&A session. Yet, another one coming through. OK, tertekan sekali lagi.

p/s: Abaikan kalau design ni tak ikut standard. Aku lukis guna Paint jegh, malas nak install Visio. Memang gigih gila la kan lukis guna Paint. Abaikan juga kalau tak paham apa aku bebel, just another personal note for myself :)



Labels: ,

Saturday, August 15

Aummmm!





Terima kasih kepada Encik JEM (bukan nama sebenar), thanks for sharing this @FB. Finally, a preview! Omooooo (tiru Chuck), I've been waiting for this and I know you too, Chuck!! Tapi lama gila seh nak tunggu March 2010, sigh! Ah Johnny, saya nampak kamu di minit 1:06 *sengih*


p/s: Suerie, "you've got a very important date"!

Labels: ,

Sunday Plan



All About Nude Workshop
Boulevard Hotel, Midvalley
9:30 AM, 16 August 2009

Sunday plan! There it goes, bye bye RM250..

Updated: The workshop was OK, just that I didn't see much the Before and After transformation. Well, I know that I can't expect much during the session as this workshop was meant for Nude makeup lesson, to gives you a more natural look. Ah I should go for a more dramatic one, oh me likey! Anyway, towards the end of the workshop, aku end up beli BB's foundation, concealer and face powder. Apakah, I've been eyeing the gel eyeliner for a quite some time already but at last, end up beli benda lain.. sheshh! Intan, anda la punca utama segala pembaziran mata wang saya pada bulan ini ;p *sigh* AKAN TETAPI nasib baik la anda men'sponsor' saya for scaling kelmarin, ekekeke! *giggling, at the same time trying to show her sparkling teeth*

p/s: sorry, can't show the pictures of me while the workshop being held as I need to take off my head scarf during that time.

Labels:

Friday, August 14

About A 'Girl'

Semalam time on the way balik dari office, aku onda phone kejap dengan Mumos. Tengah beborak, suddenly aku tergelak sesorang. "Asal kau gelak, Sue?", tanya Mumos. Aku still gelak geli hati sesorang, "Ni haa, aku tengah cari phone aku dalam handbag ni tapi tak jumpa pulak", aku pecah gelak lagi. Mumos pun dah naik confuse pahal aku suka sangat sesorang ni. Then dia dengan nada penuh confuse tanya lagi, "Phone? Kau ada dua phone ke?" and aku pulak dengan nada tak bersalah terus jawab, "Tak, aku ada satu phone jegh.. yang kat telinga aku ni".

Sengal! Muahahaha, serious shiet aku dah gelabah gila bila check phone takde kat dalam handbag. Padahal yang aku tengah guna bercakap dengan si Mumos itu apakah nya??
Mumos - "Kau ni gelabah la, Sue".


Apsal la lately ni kau suka buat 'kelakar' ni, cik Suerie oi?



p/s: 'girl' aka gel aka GELABAH!

Labels: ,

Monday, August 10

Mermaid Hair?


Painted this on August 8, 2009. Lets call this one "Swirl Hair Swirl". Imagine lain, end up jadi lain.. tak suka betul, haish! I almost painted it black once I've done with the painting. Plus I don't have the right tools/brushes for the details that I got in mind. Salute seh dengan Chuck's recent artwork, she's really good with this details thingy. Do check this out.. (click here)

Superb talented, isn't she? *thumbs up* Anyway, sorry.. I took this picture using my phone as my camera was out of battery and I was too lazy to slot a new one. Ada cop M besar kat dahi sekarang ni, PEMALAS I am.. hoho!

p/s: just got an idea for her next painting.. thanks COLDPLAY!! Pardon her if she's a little bit too much excited about paintings lately. Still on experimental mode she is :)

Labels: ,

Friday, August 7

Khutbah Jumaat

Entri Repekan Time Bosan bersama Cik Bella kat Facebook semalam sama sekali kontra habis dengan repekan aku pagi ni bersama Cik Ikim. Ikim wrote this on her YM status this morning..


"Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bil khair"


suerie:
Doa apa tu ikim?

ikim:
Doa memudahkan segala urusan.
:D

suerie:
Owh yeke? Jangan lupa seribu dinar jugak. Doa supaya Dia beri kita jalan keluar dari permasalahan yang kita tak boleh nak selesaikan or rumit, sebab meaning ayat tu camni..

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya.

Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

ikim:
Owh, sedapnye maksud ayat ni.

suerie:
Kan? Kalau ingat meaning, time baca sure rasa macam aman jegh.
Anyway, pendek jegh ayat tu, hafal jegh.

ikim:
Eh, betul tu. Baca doa kena tau meaning, baru best.
;)

suerie:
Semalam aku lupa nak puasa, bila kau tanya baru teringat, haha!

ikim:
Lah, takpe.
Puasa bulan ramadhan.

suerie:
Pastu kelmarin aku tak baca pun Yaasin tiga kali, baca dua kali jegh. Sebab masuk 2nd round, aku asyik tersalah baca jegh. Time tu dah kul 10 lebih.. mengantuk sudah.

ikim:
Aku pulak, semalam bantai tidur!
ngeeeeeeeee~

suerie:
hahaha.. baguih. Malam nisfu aritu kan, konon niat nak bangun solat malam tapi elok jegh aku tidur, huhu. Tapi aku rasa Tuhan tu memang nak kejut aku bangun la because tetiba pukul 3 pagi aku terjaga tak semena-mena. But then, aku bangun jap tutup a/c then tidur balik. Hampeh kan -_-"

ikim:
T_____T
Sama la kita suerie. Malam tu aku letih gile, tidur dengan baju kurung pegi keje. Tapi pukul 3 bangun balik, tuka baju and basuh muke, boleh pulak tidur balik.
T______T
Owh, banyaknya alasan hamba Allah ni

suerie:
Hint suruh kita bangun solat malam tapi kita hentam tidur balik huhu

ikim:
T______T
haih.............

suerie:
Sebenarnya dari semalam petang benda ni dok berlegar-legar dalam kepala aku ni. I thought nak blog pasal menda ni semua sebab aku ada baca kat somewhere artikel pasal ni

ikim:
Pasal pe?

suerie:
Kisah seorang hamba Allah ni, dia tak mahu diselamatkan oleh bot penyelamat masa banjir kilat. Dia cakap, Allah akan selamatkan dia. So, everytime ada org datang nak selamatkan dia, dia tolak.. sampai la akhirnya dia mati. Then, dia kena soal dengan malaikat..

"Kenapa engkau biarkn dirimu mati begitu saja. Tuhan telah menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk selamatkan engkau, akan tetapi tiap kalinya juga engkau tolak."

suerie:
Meaning, dia tak nampak semua bantuan yang datang tu sebenarnya datang dari Allah tapi dalam pelbagai rupanya. So sama la macam kita, kadang-kadang kita tak notice benda yg dihadapkan depan kita tu actually salah satu bentuk pertolongan or peringatan dari Dia. Sometimes kita mengeluh instead of bersyukur, kan? *sigh*. Tetiba bertazkirah pulak aku pepagi Jumaat ni, khutbah Jumaat habis aku ni, haha.

ikim:
Owh.. tazkirah yang menginsafkan aku
I mean kita.

suerie:
Tazkirah yang diuja oleh ikim
:D

ikim:
.....
Boleh tak aku berfikir macam ni
Sekurangnya, aku ada niat tapi iman yang tentukan
T____T

suerie:
Iman yang tentukan apa?

ikim:
Kenapa kita tak terima pertolongan Allah

suerie:
Bukan iman tapi hati. Hati kan 'akar' segala perkara. Sebab tu masa peristiwa Israk Mikraj, 'hati' Nabi dibersihkan.

Datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan `khatimin nubuwwah.'

taken from net

suerie:

Sebab buruk baik manusia mula dari hati. That's why kalau kita buat dosa, satu titik hitam terbentuk pada hati kita. Wallahualam. Kau jangan la pecaya 100% apa aku cakap, aku pun ingat-ingat lupa.. hihi. Rajin-rajin nanti kau google la. :D

ikim:
Tapi betul tu suerie. Aku pon dok rasa Dia selalu bagi apa kita nak. Nak bangun tahajud, nak rezeki, semua dia bagi. especially time nak buat baik. Dia bagi jalan kat kita tapi kita tak amek. Duit nak pulak, lambat sikit, mengeluh.. huhuhuhu.

suerie:
Yup.. Pastu if kita ada buat dosa, Dia bagi 'cash' jegh balasan kat kita, Dia tarik nikmat yang diberi satu per satu. Ada tak ko rasa macam tu?

ikim:
Memang pun

suerie:
Usually kalau aku kena timpa masalah, pertama skali aku fikir.. I must have done something wrong. Actually Dia bagi peluang untuk kita betulkan salah kita but disebabkan kita ni terlampau leka so Dia takde cara lain untuk sedarkan kita other than 'slap' us straight in the face.

ikim:
hmm.. true enough

suerie:
Ikim, kita dapat pahala tak bercakap isu ilmiah camni?
hihihihihi
Harapkan pahala takpe kan? haha

ikim:
:p
Semoga ada berkat *wink*

suerie:
amin :D

ikim:
ameennn



Just right after I had this conversation with Ikim @YM, I've tried a few times to log into Facebook but failed. Instead, I got this error message below. Now I wonder, adakah ini salah satu reminder dalam bentuk yang sebegini rupa dari Dia supaya suruh aku buat kerja instead of beronggeng sakan bermain comment di Facebook kat office di hari Jumaat yang mulia ini? Sangat tepat kena muka, padan la muka! *dang*




Labels: ,

Wednesday, August 5

The Untitled

All this while, I thought I have no interest in abstract paintings and much more interested in pencil sketch. I always thought that abstract paintings are too complicated to be understood and most of us having the same thought I bet. Actually, it shouldn't be like that. The whole point of creating an abstract painting is that it represent something that only it can, in a way that cannot be put into words. Some of us are just not good in words, so they use this medium of paint to express their feelings, to let go their anger, to document their journey of life. All the subjects, symbols and the choice of colours are uniquely bring meaning to the artist. So it's OK if you are unable to understand the 'stories' behind an abstract painting as only the artist could. Abang Fathul once said, "If I ask you to draw the most beautiful sun in the world, how will it looks like? Should you draw the most beautiful sun in the world from your point of view OR from the view of million people's eyes in this world?". He said, we need not try too hard to satisfy others or trying to impress others with our paintings. We need to be honest with ourselves, we need to believe in ourselves. There is no such thing as restrictions, right or wrong, do's or dont's, likes or dislikes.. just let the mind takes control and do the work.

ANYWAY, I haven't touch any brushes since Abang Fathul's class ended. I was thinking that I should try to come up with my very own first individual painting. So last Sunday, I paid a little visit to Art Friend at the Gardens and bought a set of brushes, a mini set of acrylic colours and a 9 x 12 canvas pad (gesso primed). At first, thought of buying a stretched canvas but ah well, tunggu sampai dah pandai kot.. kang membazir. Then, wallaaaa.. last night I have done two paintings, err actually one of them is an accidental painting, hohoho! Actually macam ni, I mixed up the colours that I was using for the painting atas penutup kotak kasut. After I've done with my painting (the first one), I was about to kemas everything and suddenly rasa gatal-gatal tangan to play around with the leftover colours. At last, end up jadi accidental painting.. LOL!

Abang Fathul said every painting must has a name but I can't think of any at this moment. Let them remain as The Untitled first, OK? :)

Updated: "Fire Scars" and "Beautiful Sun of Millions", yes that are the title given. And owh, other than brushes I also used plastic and unused name card for my tools. Experimental habis la konon.. haha!


Labels: ,

Tuesday, August 4

Clumsy Habis

Pagi tadi bebangun tidur jegh, hari dah terang semacam and I was like "Oh shoot! Pukul berapa ni weh??". Aku dah gelabah gila sampai cari handphone pun tak jumpa, nak check pukul berapa dah time tu. Habis bantal semua aku campak sana sini (hohoho nama pun gelabah kan) tapi tak jumpa jugak.. ah tekanan mental sekejap. Terus aku meluru keluar pegi living hall and tengok-tengok jam dah pukul 8:40 pagi, GILA!!!!!! Memang kelam kabut macam lipas kudung aku pegi mandi and bersiap, baju pun tak sempat nak iron, lantak situ. Then tetiba masa nak pakai jam, aku tengok jam lagi sekali.. waaaaaaaaaaaaaa!!! Apa ni Suerie, pukul 8:40 pagi apa kejadah, pukul 8 pun belum cecah daa, ngok! Menggelabah la kau, Suerie!

Pastu.. aku bukak balik baju and pegi sambung gosok, lalalala!
Santai habis aku menggosok baju, hilang gelabah.. *dush*


Anyway, talking about work/office.. teringat lak semalam. I had a meeting with our VP. Then suddenly before the meeting started, my colleague, Susan asked him something regarding a document that need to be forwarded to the client. Usually diorang communicate in English but then entah mimpi apa, VP aku buat lawak comel pulak semalam, read this through..

Susan: Dr Suresh, did we include ... (bla bla bla) in the document?
the VP: Eh ada kan? Seketika ya
(he pronounced it dengan sangat baku OK)
Suerie: (can't help but burst out in laughter)

He made some funny face while looking at me and said, "Betul lah. Kita kena bercakap Bahasa Melayu standard", then he winked at me. OMG, serious aku dah tak boleh tahan so aku pun bantai gelak lagi sekali, muahaha! He laughed as well and said, "Sampai hati kamu tertawakan Bahasa Melayu saya". I replied back, "Sir, your bahasa sounds so cute la.. haha". Adoi la, sangat comel jegh VP aku sorang ni.. haha!


p/s: sebenarnya.. handphone terjatuh kat celah katil -_-"

Labels: , ,